Followers

Thursday 8 August 2013

koleksi pantun 2013

Koleksi pantun hari raya lawak 2013 terbaik dan terkini. Dikesempatan ini, kami, warga SMK Kuala Nerang ingin  mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf  zahir dan batin        (  hopefully x terlambat lg nk wish  since raya kan sebulan haha :P)  . Disini terdapat  beberapa pantun yang terbaik sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Semoga dengan ucapan yang diberikan kepada sahabat handai ini sama ada menerusi laman sosial, emel atau pun SMS dapat menceriakan suasana bulan Syawal yang mulia ini.



Koleksi Pantun Hari Raya Lawak 2013 Terbaik
Setiap tahun beli baju raya,
Tidak lupa juga kuih raya,
Dapat duit raya dari orang kaya,
Saya nak ucapkan selamat hari raya

Pulang ke kampong naik ferrari..
Malam raya bermain bunga api…
Wahai cek abg o0iii, pandulah berhati hati..
Agar xrisau keluarga yg menanti

budak-budak membeli baje raya
tidak lupa juga kuih raya
aku ucapkan selamat hari raya
jangan lupa maafkan saya

Main mercun di malam raye,
Meletup sana meletup sini,
Update status ni bukannya aper,
Cuma nak ucapkan salam aidilfitri

Makan ketupat dengan lemang,
Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Gunung daik bercabang tiga,
tiga serangkai sakit jantung darah tinggi kencing manis,
kalau tuan tak puasa,
jangan nak bermegah berhari raya aidilfitri’s

Dalam manis ada hempedu,
Dalam kata-kata banyak maknanya,
Sayunya hati ramadhan yg kian berlalu,
Untuk menyambut bulan syawal yg bkl menjelma

Mk panjat pokok mangga
Pokok mangga cikkiwi yang punya,
beta nak ucap selamat hari raya,
salah silap maaf dipinta
.
Ikan sardin di dalam tin,
Dijual di pasar tiga sehengget,
Selamat hari raya maaf zahir batin,
Dari hamba yang sengal dan senget

Anak katak makan ketupat ,
Makan ketupat sambil melompat ,
Hari raya sudah nak dekat ,
Minta ampun sebelum terlambat



Thursday 30 August 2012


Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.
Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.

Monday 13 August 2012

::Yeah Raye ::


Assalamua'laikum semua ..
sudah pasti warga SMK Kuala Nerang  juga tidak sabar-sabar 
menantikan kehadiran bulan Syawalkan?
macam mana persiapan raya ? dah ready  ke? baju raya berapa helai tahun nie? 
kuih raya berapa jenis?
haha nevermind let us just  put this thing aside for a while k :)


 My purpose of  writing today is actually regarding benefit of fasting... 
cewah I speaking London U hehe :P
Di mana dalam bahasa melayu bermaksud kebaikan berpuasa
memandangkan  kita semua nie hanya menghitung hari je nak raya , 
jadi gaya admin tulis pun agak santai sikit  .....hihi :D jgn marah ye 

Oklah  dah makin mengarut dah admin nie
Ok now Let me proceed to our topic
Sepanjang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan Al - Mubarak nie, 
apakah yang telah warga SMK KN rasai....
sudah pastinya warga SMK KN merasai Nikmat di bulan Ramadan, 
rasa dekat dengan Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T , Tuhan yang Esa
puasa melatih diri untuk sentiasa sabar dan bersederhana dalam hidup
merasai keperitan yang dirasai oleh orang yang tidak berkemampuan
itu kebaikan puasa dari sudut agama 

Ramai yang tidak mengetahui kebaikannya dari segi biologi ...Dari segi biologi , ia merangkumi 3 Fasa  iaitu :
FASA PERTAMA (1-3hari pertama)

- perut lapar , badan letih , cepat marah dan  kadar glukosa dalam darah rendah.........
- Fasa ini memang merupakan fasa yang paling susah unutk dilalui sebab badan kita belum 
  terbiasa dengan  perut kosong dan rutin baru 

FASA ASIDOSIS ( 3- 14hari )


- dalam fasa ini kita akan kurang selera makan, nafas berbau , lidah menjadi putih , dan 
   badan mulai lesu  (keadaan menjadi ketosis)
- Dalam Fasa ini , badan mengambil lemak sebagai bahan bakar ( bukan karbohidrat ye  :) ) 
  disebabkan  kekurangan karbohidrat dalam badan .
- Fasa ini merupakan fasa pembuangan TOKSIK  dari badan. Gejala - gejala ini terjadi 
  disebabkan oleh pembuangan TOKSIK tersebut.....lagi banyak TOKSIK  dalam badan ,
  lagi lamalah gejala ini  akan berterusan. Latihan puasa ataupun dalam erti kata lain puasa 
  sunat akan membantu untuk mengurangkan gejala ini .




FASA TERAKHIR ( 14 akhir ramadan )

- Lidah menjadi bersih , nafas hilang bau , selera makan kembali pulih  , tenaga kembali pulih
  dan kadar glukosa  dalam darah kembali normal

- mental dan emosi kembali optima
- keadaan yang baik ini mampu dicapai oleh mereka yang betul-betul bijak mengawal 
  pemakanan dan minuman supaya proses asidosis dan ketosis dalam badan berjalan 
  dengan lancar

*Kajian dalam bidang sains mengenai puasa telah membuktikan puasa itu sendiri
  memberi kebaikan kepada manusia dari aspek kesihatan...

  Lihatlah betapa agungnya  Suruhan -Nya..suruhan yang tidak membebankan 
  hamba-Nya malahan memberi  kebaikan kepada hamba-Nya








Monday 6 August 2012

BULETIN JULAI

BULETIN JULAI 1
BULETIN JULAI 2

BULETIN JUN

buletinJUN%282%29
Buletin Jun