Followers

Thursday 30 August 2012


Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.
Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.

Monday 13 August 2012

::Yeah Raye ::


Assalamua'laikum semua ..
sudah pasti warga SMK Kuala Nerang  juga tidak sabar-sabar 
menantikan kehadiran bulan Syawalkan?
macam mana persiapan raya ? dah ready  ke? baju raya berapa helai tahun nie? 
kuih raya berapa jenis?
haha nevermind let us just  put this thing aside for a while k :)


 My purpose of  writing today is actually regarding benefit of fasting... 
cewah I speaking London U hehe :P
Di mana dalam bahasa melayu bermaksud kebaikan berpuasa
memandangkan  kita semua nie hanya menghitung hari je nak raya , 
jadi gaya admin tulis pun agak santai sikit  .....hihi :D jgn marah ye 

Oklah  dah makin mengarut dah admin nie
Ok now Let me proceed to our topic
Sepanjang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan Al - Mubarak nie, 
apakah yang telah warga SMK KN rasai....
sudah pastinya warga SMK KN merasai Nikmat di bulan Ramadan, 
rasa dekat dengan Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T , Tuhan yang Esa
puasa melatih diri untuk sentiasa sabar dan bersederhana dalam hidup
merasai keperitan yang dirasai oleh orang yang tidak berkemampuan
itu kebaikan puasa dari sudut agama 

Ramai yang tidak mengetahui kebaikannya dari segi biologi ...Dari segi biologi , ia merangkumi 3 Fasa  iaitu :
FASA PERTAMA (1-3hari pertama)

- perut lapar , badan letih , cepat marah dan  kadar glukosa dalam darah rendah.........
- Fasa ini memang merupakan fasa yang paling susah unutk dilalui sebab badan kita belum 
  terbiasa dengan  perut kosong dan rutin baru 

FASA ASIDOSIS ( 3- 14hari )


- dalam fasa ini kita akan kurang selera makan, nafas berbau , lidah menjadi putih , dan 
   badan mulai lesu  (keadaan menjadi ketosis)
- Dalam Fasa ini , badan mengambil lemak sebagai bahan bakar ( bukan karbohidrat ye  :) ) 
  disebabkan  kekurangan karbohidrat dalam badan .
- Fasa ini merupakan fasa pembuangan TOKSIK  dari badan. Gejala - gejala ini terjadi 
  disebabkan oleh pembuangan TOKSIK tersebut.....lagi banyak TOKSIK  dalam badan ,
  lagi lamalah gejala ini  akan berterusan. Latihan puasa ataupun dalam erti kata lain puasa 
  sunat akan membantu untuk mengurangkan gejala ini .




FASA TERAKHIR ( 14 akhir ramadan )

- Lidah menjadi bersih , nafas hilang bau , selera makan kembali pulih  , tenaga kembali pulih
  dan kadar glukosa  dalam darah kembali normal

- mental dan emosi kembali optima
- keadaan yang baik ini mampu dicapai oleh mereka yang betul-betul bijak mengawal 
  pemakanan dan minuman supaya proses asidosis dan ketosis dalam badan berjalan 
  dengan lancar

*Kajian dalam bidang sains mengenai puasa telah membuktikan puasa itu sendiri
  memberi kebaikan kepada manusia dari aspek kesihatan...

  Lihatlah betapa agungnya  Suruhan -Nya..suruhan yang tidak membebankan 
  hamba-Nya malahan memberi  kebaikan kepada hamba-Nya








Monday 6 August 2012

BULETIN JULAI

BULETIN JULAI 1
BULETIN JULAI 2

BULETIN JUN

buletinJUN%282%29
Buletin Jun

Monday 23 July 2012

Assalamua'laikum semua.. entries  saya untuk hari nie adalah Fermentation of Tempeh ataupun dalam bahasa Melayu penapaian tempeh..okey sebelum saya berceloteh dengan panjang lebar lagi haha before I proceed to its process  ----> adalah elok jika saya menerangkan fakta mengenai tempeh . lets have a look 




Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari orang melayu suku jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.














Fermentasi (Penapaian) adalah suatu proses perubahan kimia dalam substrat organic yang dapat berlangsung karena aksi katalisator biokimia, yaitu enzim yang dihasilkan oleh mikroba hidup tertentu, seperti asam – asam organik, protein sel tunggal, antibiotik, dan biopolymer. Fermentasi merupakan proses yang amat murah yang pada hakikatnya telah lama dilakukan oleh nenek moyang kita secara tradisional dengan produk – produknya yang diguna orang sehingga sekarang, seperti tapai, tempe, jeruk, dan lain – lain.

Mikroba-mikroba dalam fermentasi meliputi ragi, kulat, dan bakteri. Disebabkan organisma tersebut tidak memiliki klorofil sendiri, maka ia tidak dapat melakukan fotosintesis, sehingga ia harus mendapatkan makanannya dari bahan-bahan organik. Tiap-tiap jenis mikroba memiliki ciri morfologi, bentuk dan ukuran, serta perkembangbia yang berbeda, namun mereka memiliki persamaan, yaitu dapat menghasilkan enzim.

Fermentasi etanol berlangsung secara anaerob (tanpa oksigen) dengan bantuan sekelompok enzim yang dihasilkan oleh Saccharomyces cereviceae. Untuk
terus hidupnya, Saccharomyces cereviceae memerlukan energi. Di dalam proses fermentasi, Saccharomyces cereviceae memperoleh energinya dari bahan yang difermentasikan Secara kasar, fermentasi karbohidrat dapat dibagikan menjadi dua peringkar ia itu :

1. Pemecahan karbohidrat  menjadi gula pereduksi

Pemecahan karbohidrat menjadi gula pereduksi karena difermentasi oleh enzim diastase dan maltase yang terkandung dalam ragi, seperti yang terlihat pada reaksi berikut :

2. Perubahan gula pereduksi menjadi etanol

Perubahan gula pereduksi menjadi etanol dilakukan oleh enzyme zymase, yaitu enzim
kompleks yang terkandung dalam ragi. Reaksinya adalah sebagai berikut :

Melihat dari reaksi diatas, kelihatan O2 tidak diperlukan, hanya pengubahan pada zat organic yang satu menjadi zat organik yang glukosa menjadi etanol.

Proses fermentasi sisa dapur seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kulit ubi kayu termasuk jenis fermentasi dengan substrat padat biasanya disebut Solid State Fermentation (SSF). SSF adalah tumbuhan bakteria pada unsur (patikal) padat yang mana rongga diantar patikal-patikal mengandung fase gas dan air. Meskipun tetesan air mungkin kelihatan pada patikel, dan mungkin cuma lapisan nipis pada permukaan patikal. Kebanyakan dari proses SSF adalah dari golongan kulat, meskipun beberapa golongan bakteria dan beberapa golongan ragi. SSF biasanya menggunakan inokulum traditional, dan proses SSF merupakan fermentasi aerob. Substrat dari SSF menggunakan produk atau by produk dari perkebunan, pertanian, hutan atau makanan.Hasil dari process ini adalah terhasil ekoenzim sampah dapur.

Dalam process fermentasi, dari hari pertama anda mula memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon, penukaran ammonia kepada nitrat (NO3), iaitu sejenis hormone semulajadi dan bahan makanan untuk tumbuh-tumbuhan laut dan kehidupan laut. Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Thursday 12 July 2012

Strawberry biru???? Ajaib

strawberry berwarna biru? Ya, anda mungkin terfikir ianya mustahil, tetapi syarikat GM membuktikan sebaliknya. saintis di syarikat tersebut dilaporkan telah berjaya menghasilkan strawberry biru yang telah di reka untuk menahan suhu beku.


Para saintis telah menemui sejenis gen khas dari ikan Artic Flounder yang menghasilkan bahan antibeku sendiri ia dapat melindungi dirinya daripada air beku.


selepas sedikit penyelidikan, gen ini dimasukkan kedalam gen strawberry yang membuatkan strawberry berwarna biru dan tahan sejuk. Namun, penghasilan ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan buah ini tidak selamat dimakan.






Tuesday 10 July 2012


 

“4 Fakta pemakanan”

Dewasa ini, hampir mustahil untuk kita makan makanan yang punyai zat-zat yang lengkap untuk keperluan asas badan sambil mengawal pengambilan kalori.Ini kerana nutrisi dalam makanan telah berubah seiring dengan teknologi pertanian dan penternakan sekarang. Pengawetan, pemprosesan dan radiasi makanan, buah masak secara saintifik, pengunaan baja dan racun serangga secara berlebihan, perubahan genetik, jarak pengangkutan yang jauh, masa penyimpanan yang terlalu lama dan pencemaran udara, tanah dan laut
70% kematian diusia muda adalah kerana masalah jantung, barah, strok dan kencing manis 50% dari kematian ini berkaitan terus dengan pengambilan nutrisi yang tidak sihat 7 dari sepuluh orang ke klinik adalah kerana pemakanan yang tidak seimbang
Mengikut kajian di negara Jepun ke atas beberapa sampel buah oren dan epal, saintis menemui fakta yang memeranjatkan dimana kandungan Vitamin C dalam buah oren dan epal dalam pasaran mereka adalah 0!.
Pakar pemakanan menyatakan bahawa, kita terpaksa makan 4000 kalori dalam sehari untuk dapatkan nutrisi yang lengkap dan diperlukan badan! Apa yang akan berlaku sekiranya kita makan 4000 kalori? Secara purata, lelaki membakar 2200 kalori sehari, manakala wanita hanya 1800 kalori.Kemana perginya lebihan 2000 kalori lagi? Tentunya ke sel-sel lemak kita dan inilah sebabnya, berat badan kita semakin hari semakin naik dan penampilan kita menjadi tidak menarik.                                                                                                                                                        p/s :  semua orang digalakkan untuk mengamalkan cara pemakanan yang seimbang ... pelajar dinasihatkan untuk minum 8 liter air sehari dan pengambilan vitamin b-complek  sebagai makanan tambahan ataupun supplement dalam menyumbangkan tenaga dalam kehidupan seharian ...                                                                                                                                                  

Wednesday 11 April 2012

TERUSKAN KEGEMILANGAN PANITIA SAINS SMKKN......

berita diterima
bagai tsunami melanda bumi
bagai getaran otot kerana tindakan refleksi
umpama lajunya impuls membawa arahan
mengarahkan tindakan diseluruh badan

sungguh terkesima
eksoterma menyentap segenap rasa
kelenjar pituitari membuka mata
merembeskan hormonnya
menimbulkan ngilu mendirikan bulu roma..
medula oblongata ligat berfikir
adakah 'disingkir'
atau
ini satu penghormatan
untuk satu peyelesaian
walaupun dunia kita berbeza
kita masih bersama
bagai oksigen dengan hemoglobin
setia bersama sepanjang 1760km kapilari, arteri dan veins

Panitia Sains........teruskan misi mencari Albert Einstain


Thursday 29 March 2012

SPM 2011...................SYABAS DAN TAHNIAH.............

Panitia Sains ( Teras) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar-pelajar SPM tahun 2011 dan semua guru-guru Sains Tingkatan 5 tahun 2011 diatas kejayaan meningkatkan prestasi kelulusan Sains sehingga 96.9 peratus. Sesungguhnya Panitia Sains SMKKN sangat menghargai di atas segala komitment dan semangat guru-guru yang tidak jemu-jemu mendidik pelajar-pelajar sehingga berjaya.

Syabas dan tahniah juga untuk 58 orang pelajar yang berjaya memperolehi Gred A (A+ , A , A- )dalam subjek Sains SPM 2011 yang lalu…

Tingkatan : 5 Akaun
Nama Guru : Puan Rahimah Bt Abd Rahim

BIL NAMA PELAJAR Gred
1 Fatin Nur Syafiqah bt Mahmud A-
2 Kalsum bt Ishak A
3 Kamarulzaman bin Rosli A-
4 Mohd Yusri bin Md Yani A-
5 Mohamad Akmal bin Nazri A+
6 Mohamad Shafiq bin Shafie A-
7 Muhamad Azwan bin Abd Rahman A-
8 Muhamad Hanif bin Zainol A-
9 Muhammad Hazmi bin Hashim A-
10 Noorshifa bt Ahmad A-
11 Nor Amyrashahira bt Azis A+
12 Nor Hafizah bt Ahmad A-
13 Norhaslinda bt Khamis A
14 Norsaidah bt Jamaludin A
15 Nor Anisah bt Muhamad Juhari A-
16 Nur Farhana bt Muhamad Fauzi A+
17 Nur Shamila bt Rusdi A
18 Nuraisyah bt Ahmad Kharis A-
19 Nurul Aisyah bt Zainal Abidin A-
20 Nurul Farah Hidayu bt Shamsudin A-
21 Nurul Izzati Najwa bt Md Isa A
22 Rafizi bin Abd Rahman A
23 Siti Aishah bt Shamsudin A
24 Siti Aminah bt Mohd Zain A
25 Siti Ashmak bt Md Zuki A
26 Siti Nor Izzatul Husna Mohd Nasir A
27 Siti Noraini bt Ahmad Azali A-
28 Siti Nurul Hana bt Ameran A+
29 Azrul Ekmal bin Damanhuri A-


Tingkatan : 5 Sains Pertanian
Nama Guru : Puan Siti Mashitoh Bt Mat

30 Hazrina bt Khairudin A+
31 Mohamad Faizul bin Yaakob A
32 Mohd Asyraf bin mohd Sukri A-
33 Muhamad Nazreen bin Wahab A-
34 Noor Atikah bt Md Rejab A-
35 Noor Nabilah bt Nordin A-
36 Noor Shafiqah bt Said A-
37 Nur Mazni bt Mohd Nasri A
38 Nurul Azida Farhana bt Abd Azis A-
30 Nurul Hidayah bt Abd Ghani A-
40 Nurul Izzatuladilah bt Md Zuki A-
41 Raja Amruladin bin Raja Endot A
42 Shafiq Ariss bin Shafarob A
43 Alia Munirah bt Muhamad A-


Tingkatan : 5 PD 1
Nama Guru : Puan Anita Bt Md Saman

44 Khairil Hazman bin Hamzah A+
45 Muhamad Izzat bin Ruslan A-
46 Muhammad Firdaus bin Bakri A
47 Nor Syuhada bt Jaafar A
48 NorShakila bt Md Isa A
49 Rinadarishani A/P Paramaguru A-
50 Siti Fatimah bt Ahmad Hussein A
51 Siti Khalijah bt Hj.Abdul Rahman A-
52 Zarina bt Mohd Nor A-
53 Fatin Syazwani bt Shafie A

Tingkatan : 5 PD 3
Nama Guru : Puan Anisa Bt Morad

54 Nurul Amira bt Alieas A-
55 Mohd Noor Affendy Bin Zulkifli A


Tingkatan : 5 Sains Sukan
Nama Guru : Puan Ruhill Fathein Bt Mohamad

56 Muhamad Nazri bin Abdul Rahman A-
57 Nur Fatin Farhana bt Azizan A
58 Zharif Hanif bin Abdul Jalil A-


SEMUGA KEJAYAAN PELAJAR-PELAJAR INI MENJADI PENDORONG DAN SEBAGAI MOTIVASI KEPADA PELAJAR-PELAJAR CALON SPM TAHUN 2012 INI.... Amin...

Sunday 18 March 2012

Lihatlah Kekuasaan Allah

Pernahkah anda melihat air sungai tawar di dalam laut.??????

tahukah anda bahawa air tawar dan air laut masin tidak boleh bercantum???

Sungai di dalam laut. Secara ilmiah itu tidak mungkin terjadi. Seorang penyelam, Anatoly Beloshchin, mengambil gambar 'sungai di dalam laut' dari kedalaman 60 meter perairan Cenote Angelita, Mexico

Lihatlah gambar-gambar dibawah ;


gambar menunjukkan daratan , sungai dan pokok didalam laut pada kedalaman 60 m dari paras laut



Jelas kelihatan keindahannya









KLIK SINI untuk lihat videonya

Thursday 15 March 2012

Kelahiran baru

Pernahkah anak terfikir bagaimana si ibu merasai kesakitan yang tidak terperi sewaktu melahirkan?????????????????....... Pernahkah anda melihat sendiri bagaimana gajah melahirkan anak???????....



Saatnya sudah tiba....




"amniotic sac " ataupun sarung amniotik mula keluar....


keseluruhan sarung amniotik keluar dari uterus ibu gajah ......




Sarung amniotik pecah....cecair amniotik keluar berserakan.... maka si anak gajah pun kelihatan.....


Kasih si Ibu gajah, menggunakan belalainya untuk mengajar si anak bangun dan berjalan....maka bermulalah kehidupan si anak gajah di dunia yang sangat mencabar ini.......


" Sesungguhnya sangat besar jasa dan pengorbanan ibu walaupun ibu gajah ......... apa tah lagi kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran dan darjat yang labih tinggi dan mulia daripada gajah.....Oleh itu hormatilah dan sayangilah ibu kita kerana SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU..... Amin..

Penemuan Planet Baru GJ1214b ditemui


Jika anda seorang angkasawan yang cuba mendarat di planet baru yang diberi nama GJ1214b, anda mungkin tidak dapat melakukannya kerana permukaannya dipenuhi dengan air mendidih.Planet GJ1214b dikenalpasti sebagai jenis planet baru kerana sebahagian besar kawasannya dipenuhi dengan air sedangkan planet lain sama ada penuh batu, gas atau bahan biasa lain.Ia juga diselubungi wap panas yang tebal



Planet GJ1214b bukan seperti planet lain yg kita ketahui.Air adalah unsur utama disini.Planet ini ditemui pada tahun 2009 oleh Projek MEarth berpusat didarat.Ia diumpamakan sebagai 'Super-Bumi' kerana bergaris pusat 2.7 kali ganda daripada bumi dan mempunyai berat hampir 7 kali ganda.Suhunya kira-kira 232 darjah Celsius. Saintis membuat kesimpulan bahawa planet GJ1214b mengandungi lebih banyak air berbanding bumi tetapi kurang batuan.Dengan suhunya nyg tinggi serta ada unsur tekanan telah mewujudkan suasana pelik seperti 'ais panas'

Thursday 23 February 2012

Assalamua'laikum ... Salam pengenalan

Dunia sains sememangnya telah menggalakkan banyak perubahan dan inovasi  dalam kehidupan seharian.  Ilmu sains terbahagi kepada tiga iaitu , kimia , fizik dan biologi .

Sebenarnya tanpa kita  sedari terlalu banyak aplikasi-aplikasi sains yang diguna pakai dalam kehidupan seharian.  Antaranya ialah pendidihan , pemejalwapan , kondensasi , eksoterma , endoterma dan sebagainya. Kadang kala ilmu sains ini kita boleh dengan mengguna logik  akal sebagai contoh :

  1. bagaimana kita mahu menjadikan sesebuah kipas itu berpusing dengan laju??
  2.  bagaimana penggera elektrik rumah  berfungsi secara automatik bagi tujuan keselamatan???
Jadi kami , guru-guru Panitia Sains di SMK Kuala Nerang  , dengan sedaya-upaya membantu para pelajar SMKKN   membongkar, menyelongkar , menyelami dan memahami ilmu Allah ini. Bersama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk kejayaan para pelajar ini.

Berikut adalah barisan-barisan guru panitia sains SMKKN :



CARTA  ORGANISASI
PANITIA  SAINS

                                                      GURU  KANAN  SAINS & MATEMATIK