Followers

Wednesday 11 April 2012

TERUSKAN KEGEMILANGAN PANITIA SAINS SMKKN......

berita diterima
bagai tsunami melanda bumi
bagai getaran otot kerana tindakan refleksi
umpama lajunya impuls membawa arahan
mengarahkan tindakan diseluruh badan

sungguh terkesima
eksoterma menyentap segenap rasa
kelenjar pituitari membuka mata
merembeskan hormonnya
menimbulkan ngilu mendirikan bulu roma..
medula oblongata ligat berfikir
adakah 'disingkir'
atau
ini satu penghormatan
untuk satu peyelesaian
walaupun dunia kita berbeza
kita masih bersama
bagai oksigen dengan hemoglobin
setia bersama sepanjang 1760km kapilari, arteri dan veins

Panitia Sains........teruskan misi mencari Albert Einstain