Followers

Thursday 8 August 2013

koleksi pantun 2013

Koleksi pantun hari raya lawak 2013 terbaik dan terkini. Dikesempatan ini, kami, warga SMK Kuala Nerang ingin  mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf  zahir dan batin        (  hopefully x terlambat lg nk wish  since raya kan sebulan haha :P)  . Disini terdapat  beberapa pantun yang terbaik sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Semoga dengan ucapan yang diberikan kepada sahabat handai ini sama ada menerusi laman sosial, emel atau pun SMS dapat menceriakan suasana bulan Syawal yang mulia ini.



Koleksi Pantun Hari Raya Lawak 2013 Terbaik
Setiap tahun beli baju raya,
Tidak lupa juga kuih raya,
Dapat duit raya dari orang kaya,
Saya nak ucapkan selamat hari raya

Pulang ke kampong naik ferrari..
Malam raya bermain bunga api…
Wahai cek abg o0iii, pandulah berhati hati..
Agar xrisau keluarga yg menanti

budak-budak membeli baje raya
tidak lupa juga kuih raya
aku ucapkan selamat hari raya
jangan lupa maafkan saya

Main mercun di malam raye,
Meletup sana meletup sini,
Update status ni bukannya aper,
Cuma nak ucapkan salam aidilfitri

Makan ketupat dengan lemang,
Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Gunung daik bercabang tiga,
tiga serangkai sakit jantung darah tinggi kencing manis,
kalau tuan tak puasa,
jangan nak bermegah berhari raya aidilfitri’s

Dalam manis ada hempedu,
Dalam kata-kata banyak maknanya,
Sayunya hati ramadhan yg kian berlalu,
Untuk menyambut bulan syawal yg bkl menjelma

Mk panjat pokok mangga
Pokok mangga cikkiwi yang punya,
beta nak ucap selamat hari raya,
salah silap maaf dipinta
.
Ikan sardin di dalam tin,
Dijual di pasar tiga sehengget,
Selamat hari raya maaf zahir batin,
Dari hamba yang sengal dan senget

Anak katak makan ketupat ,
Makan ketupat sambil melompat ,
Hari raya sudah nak dekat ,
Minta ampun sebelum terlambat



No comments:

Post a Comment